fb fb fb fb fb

Kabin baharu di KK Segambut beri keselesaan kepada pesakit

Hannah Yeoh

SEGAMBUT, 5 Oktober- Projek naik taraf garaj berbumbung sedia ada kepada kabin satu tingkat baharu di Klinik Kesihatan (KK) Segambut bagi membantu urusan perubatan di kawasan berkenaan selain menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, projek yang menelan belanja RM150,000 itu merupakan pelan bawah Projek Mesra Rakyat 2023 dan Ahli Parlimen Segambut.

Ruangan berkenaan berfungsi sebagai bilik rawatan, bilik kecemasan dan tempat kuarantin untuk pesakit.

"Bajet Kementerian Kesihatan untuk membina klinik kesihatan sangat lama, ia berikutan tempoh menunggu pembinaan berkenaan mengambil masa panjang.

"...setiap negeri memang memerlukan. Jadi untuk di kawasan Kuala Lumpur, jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain sekiranya dibandingkan dengan Sabah. Tetapi populasi di ibu negara sangat tinggi," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas merasmikan fasiliti berkenaan di Klinik Kesihatan, di sini.

Dalam pada itu pihaknya telah menulis surat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kelulusan pembinaan satu klinik kesihatan yang lebih besar bagi menampung pesakit di kawasan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI