fb fb fb fb fb

ATM pamer 264 aset sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia

Foto RTM

PORT DICKSON, 5 Oktober-Seramai 134 Pegawai dan 1395 lain-lain pangkat terlibat dalam memeriahkan sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia yang berlangsung di Kem Segenting, di sini hari ini.

Acara sambutan dimulai dengan Demonstrasi Dinamik manjadi permulaan acara yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu TDM,TLDM dan TUDM.

Tema sambutan tahun ini ialah Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara”,

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman berkata, tema berkenaan secara tidak langsung mempamerkan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara dalam keadaan terpelihara.

"Sambutan tahun ini membawa tema Angkatan masa hadapan benteng pertahanan negara mencerminkan setiap warga Angkatan Tentera Malaysia untuk terus meningkatkan keupayaan dan kesiapgaan demi memastikan ketumbukan ini berupaya menghadapi pelbagai ancaman serta cabaran masa kini dan juga masa hadapan secara tuntas serta berkesan tanpa kompromi", katanya demikian pada Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, di sini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 264 aset terlibat dalam demonstrasi tahun ini, iaitu TDM sebanyak 230 aset, TLDM, 19 aset dan TUDM 15 aset.

Perbarisan Tempur Statik turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat ATM yang membawa bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD