fb fb fb fb fb

Warga emas maut dipijak gajah

Foto RTM

HULU TERENGGANU, 5 Oktober-Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia pagi tadi di Kampung Basung, di sini selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke kebun.

Mangsa, Musa Ahmad 65 tahun dijumpai terbaring di kawasan semak dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.30 pagi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden DSP Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata mangsa ditemui di kawasan cerun di bawah  talian kabel Tenaga Nasional Berhad lebih kurang 100 meter dari kebun mangsa.

Mayat mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. 

Hasil bedah siasat mendapati mayat mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, kepala dan tangan dipercayai akibat dipijak gajah liar. 

Kes telah diklasifikasikan sebagai  mati mengejut.

Dalam pada itu DSP Zainul menasihati orang ramai supaya memaklumkan kepada Jabatan Perhilitan atau pihak Polis dengan segera sekiranya menyedari kehadiran binatang liar di kawasan penempatan dan kebun untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai juga diingatkan agar menjauhi kawanan gajah liar berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD