fb fb fb fb fb

K-KOMM sasar selesaikan agihan PerantiSiswa hujung bulan ini

(FOTO BERNAMA)

KUALA SELANGOR, 8 November - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menyasar untuk menyelesaikan pengagihan baki hampir 100,000 permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diluluskan pada hujung bulan ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga hari ini, lebih 200,000 set PerantiSiswa telah berjaya diagihkan kepada pelajar-pelajar terpilih.

(Tan Sri Annuar Musa)

“Walaupun sasaran asal pengagihan kementerian akhir tahun, tapi kita bawa ke depan sebelum hujung Nov semua yang telah lulus akan disampaikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan agak cepat kerana dengan kerjasama semua kementerian.

“Kita ada lebih 80,000 yang tidak lulus permohanan, saya akan melihat sekali lagi, sebab kalau boleh saya nak bagi semua. Mereka yang gagal masih boleh membuat rayuan,” katanya kepada pemberita selepas Majilis Penyerahan PerantiSiswa, di sini.

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membekalkan sebuah peranti 'tablet' kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Media Baharu