fb fb fb fb fb

180 penduduk terjejas banjir di Pahang

TEMERLOH, 8 November- Seramai180 penduduk terjejas dipindahkan ekoran kejadian banjir kilat yang melanda daerah Temerloh dan Raub, Pahang, malam tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir kilat di Taman Mentakab Indah, Temerloh, pada pukul10.00 malam semalam.

Susulan itu, PPS Sekolah Kebangsaan Desa Bakti dibuka pada jam 1.30 pagi bagi menempatkan 157 penduduk daripada 43 keluarga terjejas.

Sementara itu, di Raub, seramai 23 penduduk terjejas daripada 7 keluarga turut dipindahkan kerana banjir kilat yang melanda Kampung Batu Talam Tengah, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Kesemua mereka terlibat dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Agama Al Falah, yang dibuka pada jam 2.00 pagi tadi.


(Kejadian banjir kilat melanda daerah Temerloh dan Raub, Pahang, malam tadi)

Media Baharu