fb fb fb fb fb

Persempadanan semula kawasan baharu MBMB, MPHTJ

MELAKA, 8 November- Persempadanan dan pewartaan semula kawasan baharu bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu menerusi kenyataan, memaklumkan persempadanan melibatkan sebahagian kawasan Bukit Baru, Bukit Katil, Malim Jaya dan Tambak Paya.

Ia menjadikan kawasan baharu di dalam pentadbiran MBMB adalah Bangunan MBMB, Akademi Kastam, Jabatan Pendidikan Bukit Baru dan Taman Delima Raya.

"Selain itu, Pangsapuri Padang Jambu, Taman Datuk Palembang, Taman Desa Baru dan Taman Desa Indah turut berada bawah pentadbiran MBMB.

"Juga bawah pewartaan MBMB ialah Taman Indah, Taman Indah Seksyen 3, Taman Indah Seksyen 2, Taman Temenggong dan Taman Kedua", katanya.


(Persempadanan dan pewartaan semula kawasan baharu bawah pentadbiran MBMB, MPHTJ berkuatkuasa 1 Januari)

Manakala kawasan pentadbiran MPHTJ pula antaranya Taman Malim Jaya, Taman Malim Jaya Seksyen 1, Rumah Pangsa Malim Jaya, IKS Malim Jaya dan Taman Balkis.

"Selain itu, Taman Wangi, Taman Balai Panjang Indah, Taman Merak, Taman Merak Mas, Rumah Pangsa Taman Merak Mas dan Residensi Merak Kayangan.

"Juga termasuk bawah pentadbiran MPHTJ ialah Taman Bukit Katil Indah, Taman Bukit Katil Kenari dan Taman Tambak Paya Murni.

Persempadanan dan pewartaan semula ini merujuk kepada Warta Kerajaan bertarikh 4 Ogos 2022.

Media Baharu