KUALA LUMPUR, 11 November - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi, selain disokong prestasi ekonomi yang baik tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025.
"Begitu juga saya jelaskan tentang per kapita, meningkat RM54,793 ketimbang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
"Ini angka dan data yang tidak boleh dimungkiri. Isu yg berlegar tentang defisit fiskal, bila kita ambil alih, defisit fiskal 5.5 peratus, tahun 2023 turun lima peratus, 2024 turun lagi", katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) beliau ketika Waktu Pertanyaan Menteri mengenai keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI selepas tempoh 18 hingga 24 bulan serta usaha pengukuhan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan dasar tersebut benar-benar mencapai matlamatnya di Dewan rakyat pada Selasa.
Selain itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, trend perdagangan terus berkembang positif dengan jumlah dagangan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini meningkat 4.4 peratus kepada kira-kira RM2.24 trilion.
Tambahnya, daya saing negara juga terus meningkat berdasarkan Indeks Daya Saing Dunia 2025 apabila Malaysia melonjak 11 anak tangga dan menjadi pencapaian terbaik sejak 2020.