Jurutera tempatan digesa ceburi AI, cipta nilai baharu

Foto BERNAMA

BAYAN BARU, 22 Julai – Jurutera tempatan digesa supaya merebut peluang dalam ledakan kecerdasan buatan (AI) yang dijangka terus berkembang dalam tempoh dua dekad akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Galakkan jurutera multinasional keluar zon selesa, gunakan kepakaran dan pengalaman untuk mencipta nilai baharu.
  • Berani mulakan perniagaan sendiri, bukan sekadar kerja bergaji tinggi; utamakan inovasi dan kerjasama antarabangsa.
  • Pelancaran EMAX 2026 tunjukkan peluang penglibatan global, 20 negara dan 2,050 reruai sebagai platform kerjasama.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin berkata, jurutera yang kini berkhidmat di syarikat multinasional tidak seharusnya terus berada di zon selesa, sebaliknya memanfaatkan kepakaran serta pengalaman yang dimiliki untuk mencipta nilai baharu.

“Bagi jurutera yang kini berkhidmat di syarikat multinasional dan mempunyai idea serta kepakaran, saya mahu mereka berani mengambil peluang, mempunyai semangat untuk berjaya dan tampil memulakan perniagaan sendiri.

“Saya percaya kita kini berada di permulaan era ledakan kecerdasan buatan (AI) yang dijangka berterusan sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang. Inilah masa yang paling sesuai untuk mereka merebut peluang itu dan menjalin kerjasama dengan syarikat antarabangsa.

“Jangan hanya melihat keuntungan jangka pendek atau sekadar bekerja di syarikat yang menawarkan gaji lumayan. Sebaliknya, beranilah menyahut cabaran dengan menubuhkan syarikat pemula sendiri dan menjadikan Malaysia sebagai platform untuk membangunkan syarikat berasaskan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pembertia selepas majlis pelancaran Electronic Manufacturing Expo Asia (EMAX) 2026 yang menerima penyertaan dari 20 negara serta menghimpunkan 2,050 reruai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.