fb fb fb fb fb

Junta Myanmar isytihar gencatan senjata baharu sehingga akhir Mei

Foto AFP

YANGON, 6 Mei- Junta Myanmar mengisytiharkan gencatan senjata baharu beberapa hari selepas tamatnya gencatan senjata kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda negara itu, pada Mac lalu.

Dalam satu kenyataan, Junta Myanmar memaklumkan, gencatan senjata baharu akan berkuat kuasa sehingga akhir bulan ini, bagi membolehkan proses pembinaan semula dan pemulihan akibat gempa, diteruskan.

Bagaimanapun, tentera memberi amaran kepada pelbagai kumpulan bersenjata etnik dan pejuang anti-rampasan kuasa bahawa mereka akan menyerang balik terhadap sebarang serangan.

“Kami perlu melindungi bandar dan kehidupan orang ramai dengan menggunakan serangan udara.

“Kami kesal kerana penduduk terpaksa melarikan diri dari pekan dan kampung mereka kerana pertempuran,” kata seorang pegawai tentera di negeri timur Karen kepada AFP.

Beberapa kumpulan penentang bersenjata juga mengambil langkah serupa mengumumkan gencatan senjata.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 pada 28 Mac berhampiran pusat bandar Mandalay mengorbankan hampir 3,800 dan menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal ketika musim tengkujuh musim panas semakin hampir. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello