fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Perak meningkat kepada 92

FOTO APM

IPOH, 29 Oktober- Jumlah penduduk terjejas di Perak mencatatkan peningkatan kepada 92 orang setakat pukul 6.00 petang, berbanding 80 orang pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 51 penduduk daripada 14 keluarga.

Sementara PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 41 penduduk daripada sembilan keluarga.

SITI AISHAH BINTI MD ISA