fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 2,653 orang

KOTA KINABALU, 3 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 2,653 orang berbanding 2,435 orang pagi tadi.

609 orang dipindahkan dalam tempoh 12 jam.

Menurut infografik yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, jumlah tertinggi direkodkan di daerah Kota Marudu iaitu 1,973 penduduk.

"Di daerah Sandakan, 197 dan daerah kecil Paitan, 97 penduduk. Manakala, Dewan Longob menempatkan 300 penduduk, Dewan SMK Tandek 253, Dewan SK Teritipan 251, Dewan SM. Advent Gihsen 189 dan SK Ranau 182 penduduk manakala 874 ketua isi rumah yang terjejas ditempatkan di 23 Pusat Pemindahan Sementara di enam daerah", berdasarkan kemas kini, portal berkenaan.

4 tanah runtuh iaitu 2 di Ranau dan masing-masing satu di Kinabatangan dan Tambunan.

Semalam, seorang dilaporkan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Liningkung Telupid.

 

Media Baharu