fb fb fb fb fb

Memperkasa penyiaran, iltizam Ketua Pengarah Penyiaran baharu RTM

KUALA LUMPUR, 3 Januari - "Saya mahu memperkasa lagi RTM serta tahap penyiaran rasmi media kerajaan", menurut Datuk Che Roslan Che Daud, Ketua Pengarah Penyiaran yang memulakan tugasnya berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Ruzain Idris, yang bertukar ke kementerian lain.

Selain meningkatkan kewibawaan stesen penyiaran ini, beliau juga berharap dapat menyumbang hasil kepada kerajaan memandangkan negara sedang berdepan dengan musibah.

"Yang kedua saya sebut tadi mengenai komersial bagaimana kita nak menambahkan hasil dalam keadaan macam ini perbelanjaan tinggi sebab pandemik covid-19 sekarang situasi banjir banyak perbelanjaan kerajaan terpaksa dikeluarkan so kita kena cari jalan untuk fikirkan secara kreatif" kata Che Roslan.

Datuk Che Roslan sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), di Kementerian Wilayah Persekutuan.

 

Media Baharu