fb fb fb fb fb

Ops Murni diteruskan, 50 sukarelawan banjir digerakkan ke Bentong - Kementerian Pertahanan

FOTO: KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 3 Januari - Ops Murni yang dijalankan agensi-agensi kerajaan bagi membantu penduduk terjejas di kawasan banjir diteruskan.

Pagi ini, hampir 50 sukarelawan Kementerian Pertahanan yang terlibat dalam operasi berkenaan bergerak ke Bentong, Pahang.

Pelepasan Misi Sukarelawan Banjir, disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz.

"Selain membawa bantuan barangan keperluan penduduk terjejas, misi ini juga bertujuan meringankan penduduk dalam kerja-kerja pembersihan rumah yang terjejas banjir lumpur," kata beliau kepada pemberita.

Misi disertai pegawai dan kakitangan Kementerian serta ahli Puspanita yang diterajui Datin Sri Rafidah Latif.

Dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan tambahan RM5 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi pembelian bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam persediaan menghadapi banjir gelombang kedua.

Pembelian aset itu akan memastikan kelancaran dalam misi menyelamatkan mangsa banjir.

Kerajaan juga akan meneliti semula keperluan membeli bot terutama kepada penduduk di tepi sungai atau sebaliknya.

 

Media Baharu