fb fb fb fb fb

Ops Murni ATM: Pergerakan anggota diperkemas mengikut situasi banjir, lebih 1,180 anggota di lokasi

SEGAMAT, 3 Januari - 60 pegawai dan 1,123 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia, ATM sudah digerakkan ke negeri terjejas banjir menerusi Ops Murni ATM, setakat petang ini.

Ia membabitkan 190 aset seperti bot, enjin bot, trak tujuh tan, trak tiga tan dan ambulan medan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perancangan Ops Murni ATM akan dikemas kini dari semasa ke semasa, mengikut situasi banjir.

"Saya sedia maklum Johor dah mula di landa banjir dan tumpuan dah saya arahkan ke Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang dan Mersing dan sebahagian daripada 1 batalion Angkatan Tentera Malaysia diletakkan dalam keadaan siap siaga di Johor ini", kata Hishammuddin dalam dalam sidang media khas Ops Murni Johor di sini.

Di Johor, 12 pegawai dan 184 anggota lain-lain pangkat digerakkan bersama 31 aset ke kawasan-kawasan terjejas.

 

Media Baharu