KUALA LUMPUR - 3 Januari - Seramai 28,287 orang terkesan bencana banjir telah menerima bantuan Wang Ihsan BWI , setakat 12 tengah hari tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman media sosial twitternya.
"Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi Pegawai Daerah untuk bantuan segera", kata Ismail Sabri.
Pemberian Bantuan Wang Ihsan telah dimulakan sejak minggu lalu.