fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan berkurang

TUMPAT, 24 Disember- Seramai 12,921 orang terjejas banjir di Kelantan, setakat pukul 7.00 malam.

Angka itu dilihat berkurang berbanding seramai 13,187 orang pada petang tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Menurut portal InfoBencanaJKM, Pasir Mas masih kekal daerah paling ramai penduduk terjejas banjir apabila seramai 10,329 orang ditempatkan di 20 PPS sekitar daerah itu.

Manakala Tumpat mencatatkan 2,592 penduduk terjejas banjir di 10 PPS.


(Kesemua mereka ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara
(PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat)

Sementara itu, menurut laman web rasmi public info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.84 meter (m).

Manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula melepasi paras amaran iaitu 2.28m.

Media Baharu