fb fb fb fb fb

MA63: Kerajaan umum beberapa perkara dipersetujui pada Januari

KUCHING, 24 Disember- Kerajaan bakal mengumumkan beberapa perkara dipersetujui berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Januari depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Perdana Menteri sendiri akan mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat mingguan Kabinet pada hari berkenaan.

Perdana Menteri juga bakal mengumumkan satu lagi perkara di luar bidang MA63 yang diminta oleh Sarawak dan Sabah.

"Kita sudah melihat perkara yang telah direncanakan dalam kerajaan lepas terutamanya hal yang telah dipersetujui. Terdapat tiga perkara, satu yang sudah selesai melalui penurunan kuasa, satu lagi perkara-perkara yang telah dibincangkan sudah mendapat keputusan dasar, satu lagi masih dalam perbincangan. Satu lagi perkara di luar bidang MA63 telah dipohon oleh Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita di sini.


(Perdana Menteri juga bakal mengumumkan satu lagi perkara di luar
bidang MA63 yang diminta oleh Sarawak dan Sabah)

Tambahnya antara perkara yang masih menunggu keputusan muktamad daripada Majlis MA63 ialah penurunan sebahagian kuasa kepada agensi-agensi teknikal di Sarawak dan Sabah seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran.

Media Baharu