fb fb fb fb fb

Lelaki maut, 10 jam terperangkap dalam timbunan pasir

JOHOR BAHRU, 24 Disember- Seorang lelaki maut terperangkap dalam timbunan pasir selepas lori muatan pasir dipandunya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Sultan Ibrahim di sini, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengambil masa lebih 10 jam bagi mengeluarkan mangsa.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Jamal berkata mayat Rosnani Siam, 47 tahun dibawa keluar dari tempat duduk pemandu pada pukul 8.08 malam tadi dan disahkan telah meninggal dunia.

"Kren seberat 350 tan digunakan untuk mengangkat kepala lori yang terbenam kira-kira tiga meter. Ketika kejadian, paras air parit berkenaan setinggi dua meter," katanya menerusi kenyataan


(Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengambil masa
lebih 10 jam bagi mengeluarkan mangsa)

Mayat diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.

Media Baharu