fb fb fb fb fb

Kerajaan Selangor mohon maaf berhubung pencemaran bau sehari sebelum Krismas

(Kerja-kerja penyedutan sisa cecair berkenaan oleh kontraktor yang dilantik
oleh LUAS/FOTO FB Amirudin Shari)

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Kerajaan Selangor memohon maaf atas kejadian pencemaran bau yang berlaku sehari sebelum sambutan Krismas, sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Sungai Tampoi terpaksa dihenti tugas awal pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan dalam hantaran Facebooknya,Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau turut menyesali hakikat bahawa kemalangan berlaku di luar Selangor itu turut memberi kesan kepada rakyat negeri ini.

"Saya memohon maaf atas kejadian yang berlaku pada malam sebelum sambutan Krismas ini.

"Saya sudah berhubung dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan akan berusaha sedaya upaya memulihkan bekalan air secepat mungkin bagi kemudahan semua rakyat.

Dalam kenyataan sama, Amiruddin turut memaklumkan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga sedang menggerakkan 85 lori tangki air ke kawasan terkesan.

Katanya, turut digerakkan ialah tangki statik bagi membantu meringankan beban pengguna.

"Dua LRA terpaksa dihenti tugas hari ini iaitu LRA Sungai Semenyih pada pukul kerja-kerja penyedutan sisa cecair berkenaan oleh kontraktor yang dilantik oleh LUAS telah mencapai 80% dan dijangkakan selesai jam 8.30 malam. 2 pagi dan LRA Sungai Tampoi pada pukul 6 pagi.


(Kerja-kerja penyedutan sisa cecair berkenaan oleh kontraktor yang dilantik oleh LUAS/FOTO FB Amirudin Shari))

"Ia akibat tumpahan pati minyak wangi di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia di Negeri Sembilan sekitar enam kilometer dari Selangor.

"Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi itu menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku." katanya dalam kenyataan itu.

"Sejurus itu, kerajaan negeri melalui agensi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah melaksanakan beberapa langkah serta-merta bagi menangani pencemaran.

"Antaranya meletakkan tiga 'oil boom' dan satu kotak 'oil pad' di sekeliling kawasan pencemaran bagi pencegahan awal, selain meletakkan 12 beg Activated Carbon (AC) bagi mengurangkan kesan pencemaran.

Jelasnya, tindakan menyedut sisa cecair berkenaan oleh kontraktor dilantik LUAS dan bantuan dua lori tangki sedut milik Indah Water Konsortium (IWK) turut diambil, selain melepaskan air Empangan Sungai Semenyih pada kadar 360 juta liter sehari (JLH) bagi tujuan meningkatkan kadar pencairan di Sungai Semenyih untuk mengurangkan kesan bau pencemaran.

Media Baharu