fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Krismas

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat Malaysia yang beragama Kristian.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka berdua menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara.

"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia," menurut hantaran berkenaan.


(Pengunjung membeli barangan perhiasan ketika tinjauan sempena persiapan untuk
sambutan Hari Krismas esok di Petaling Street hari ini/BERNAMA)


Media Baharu