fb fb fb fb fb

Tanah Runtuh: Operasi SAR diteruskan untuk siasatan, pembersihan

BATANG KALI, 24 Disember- Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah mengesahkan penemuan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkemahan Father's Organic Farm petang tadi adalah mangsa terakhir.

Penemuan beg tidur dan cecair di Sektor A itu memberi petanda kedudukan mayat kanak-kanak yang berusia sekitar tujuh hingga 12 tahun tersebut.

"Pada lebih kurang pukul 4.53 petang, pihak berkuasa telah berjaya menemukan satu beg tidur, yang berada dalam keadaan terlungkup pada kedalaman 1 meter di tebing. Kawasan ini adalah kawasan Sektor A dan hasil pemeriksaan dalam beg ini menemukan seorang mayat kanak-kanak. Mayat masih berpakaian lengkap, masih sempurna tetapi telah mula mereput. Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk disiasat," katanya pada sidang media, di sini.


(Foto Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police))

Tambah beliau, walaupun mangsa terakhir berjaya ditemukan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan untuk tujuan pembersihan dan siasatan di lokasi runtuhan sehingga selesai.

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan itu menyaksikan 61 orang selamat dan 31 terkorban daripada keseluruhan 92 mangsa.

Media Baharu