fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk banjir di Perak terus berkurang

Penduduk terjejas banjir di Kampung Changkat Lobak/Foto APM Kerian

IPOH, 29 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus mencatatkan berkurang kepada hanya 81 orang daripada 21 keluarga setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata, "dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di daerah Kerian dan Hilir Perak."

Bagi di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak masih dibuka sejak miggu lalu dan menempatkan kira-kira 40 penduduk daripada 12 keluarga.

Manakala 41 penduduk daripada 9 keluarga pula dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI