fb fb fb fb fb

Program Larian Wira 2023 dapat sambutan menggalakkan

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Lebih 8,000 peserta menyertai Program Larian Wira 2023 anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Dataran Merdeka hari ini.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman berkata sambutan yang diterima amat mengalakkan bagi tahun kedua penganjurannya.

Jelasnya elemen ketenteraaan ditekankan dalam program kali ini sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan wira negara yang terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita mengharapkan dengan penyertaan yang sebegitu ramai ini ia dapat meningkatkan penjenamaan LTAT itu sendiri, penjenamaan anak-anak syarikat termasuk Affin bank, Bousted Holdings dan keunikan larian yang dianjurkan bertemakan tentera Malaysia,"katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis pelepasan peserta Larian Wira 2023 yang disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Dataran Merdeka.

Program bermula seawal pukul 4 pagi membabitkan tiga kategori larian serta aktiviti menarik seperti cabaran larian berhalangan, cabaran kecergasan tentera, karnival kanak-kanak dan cabutan bertuah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE