fb fb fb fb fb

HTH Labuan FM sempena sambutan ke-37

Konsert HTH di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan

LABUAN, 29 Oktober- Penganjuran Konsert HTH (Hiburan Tanpa Henti) disambut meriah dengan kehadiran hampir 2,000 peminat dan para pendengar LabuanFM di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan malam tadi.
 
Konsert itu diadakan bersempena dengan sambutan ke-37 tahun penubuhan stesen penyiaran negeri tempatan di Labuan.

Konsert itu menampilkan 10 artis jemputan khas antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Francis Landong, Ramlah Ram, Radhi OAG, Yabang Khalifah, Elyana, Pat Candy, Beby Acha, Maldini Sidney dan Genaldo.
 
Menurut Timbalan Pengarah Penyiaran Labuan Fauziah Mohd Sidek berkata, "konsert itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pendengar dan peminat LabuanFM yang sentiasa memberi sokongan sebagai stesen radio tempatan."
 
Selain itu, program berkenaan juga menjadi platform kepada jabatan mendekati pengunjung yang hadir selain memberikan informasi mengenai program-program baharu pada tahun depan khas untuk pendengar LabuanFM.
 
Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman dan Timbalan Pengarah Program Radio (TPPR) RTM Fadzilah Hashim.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI