fb fb fb fb fb

Lebih seribu peserta sertai Putrajaya Pink October Run 2003

Pengarah Kesihatan Negeri Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dr Nor Aishah Abu Bakar

PUTRAJAYA, 29 Oktober- Lebih seribu peserta menyertai larian Putrajaya Pink October Run 2003 yang bertemakan WE CAN SURVIVE yang dianjurkan oleh Putrajaya Breast Cancer Support Group dan Jabatan Pembedahan Payu Dara dan Endokri Hospital Putrajaya.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dr Nor Aishah Abu Bakar, program tersebut diadakan untuk meningkatkan pengetahuan serta meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala kanser payu dara.

Beliau berkata peserta juga boleh menjalani saringan kanser payudara dengan lebih teliti di lokasi berkenaan.

"Jadi kita mahu mempromosikan kepada semua berkenaan kepentingan untuk tahu gejala-gelaja kanser payu dara dan dapatkan saringan awal.

"Itu diantara objeftif utama kami selain sebagai tanda sokongan juga kepada mereka yang menghadapi kanser payu dara,"katanya .

Beliau berkata selepas menyertai larian Putrajaya Pink October Run 2003 di Marina Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE