fb fb fb fb fb

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, Perak kekal

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat manakala di Perak kekal setakat pagi ini.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di Hulu Terengganu bertambah kepada 71 orang berbanding 43 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada 23 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Kemat.

Penduduk berkenaan dipindahkan susulan kediaman mereka dinaiki air secara mengejut sejak pukul 6.00 petang semalam.

(Foto fail)

Kenyataan turut menyatakan pada masa ini cuaca mendung dan hujan sedang melanda beberapa tempat di Terengganu.

Di Perak, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom, Kampar kekal 91 orang setakat pukul 8.00 pagi.

Media Baharu