fb fb fb fb fb

Dadah lebih RM58,000 dirampas, lima lelaki ditahan

SUNGAI PETANI, 13 Januari- Polis merampas dadah bernilai lebih RM58,000 selepas menyerbu sebuah pondokĀ berhampiran kandang lembu Kampung Sungai Division, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata dalam serbuan Isnin lalu itu, dua lelaki tempatan dan seorang warga asing ditahan.

Tiga suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun dan masing-masing merupakan pemandu lori, peladang sawit dan tidak bekerja.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menemui dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1,660.5 gram dan dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1,007.5 gram. Turut dirampas ialah alat-alat yang digunakan untuk membungkus dadah," katanya menerusi kenyataan.



(Susulan serbuan pertama itu, dua lagi lelaki tempatan ditahan dihadapan kandang
lembu terbabit dalam tempoh lebih dua jam selepas tangkapan pertama)

Susulan serbuan pertama itu, dua lagi lelaki tempatan ditahan dihadapan kandang lembu terbabit dalam tempoh lebih dua jam selepas tangkapan pertama.

Suspek berusia 35 tahun merupakan pengembala lembu dan seorang lagi berumur 36 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Keseluruhan rampasan membabitkan dadah dan lima buah motosikal serta wang tunai RM1,700 berjumlah RM87,569.

Kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat dibawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu