fb fb fb fb fb

100 tapak pelupusan sampah haram akan dibersihkan - KPKT

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan merobohkan dan membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan haram di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan perpaduan berkuasa.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata langkah itu akan menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi kementerian untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming)

“Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini (melupuskan sampah secara haram),” katanya menerusi hantaran di Twitter, hari ini.

Media Baharu