fb fb fb fb fb

JAKIM nasihat pengguna elak beli produk yang mempunyai status halal meragukan

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pengguna muslim agar tidak membeli produk yang mempunyai logo halal meragukan.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai status halal produk gula-gula lembut berinti jem mengandungi bahan ‘gelatin babi’ yang banyak dijual di pasaran terutama menerusi aplikasi Tiktok Shop.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM, siasatan telah dilakukan dan mendapati logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region yang tertera pada produk itu tidak diiktiraf JAKIM.

Perkara ini telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan Halal Malaysia.

(Foto hiasan)

Penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

Bagi mendapat kepastian status logo halal sesuatu produk, pengguna boleh membuat semakan status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia atau aplikasi Smart Halal dan Verify Halal.

Media Baharu