fb fb fb fb fb

Perjanjian persefahaman, cerminan negara lebih progresif dan stabil

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Perjanjian persefahaman yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan menjadi cerminan negara yang lebih progresif dan stabil.

Malah penubuhan sekretariat khas antara parti berperanan memperkukuh kerjasama politik selain memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha pemulihan ekonomi juga amat penting setelah negara dilanda pandemik COVID-19.


(Malah penubuhan sekretariat khas antara parti berperanan memperkukuh kerjasama
politik selain memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup rakyat)

"Melalui sekretariat ini di peringkat kerajaan, kita mencari titik persefahaman dan kebersamaan bagi menterjemahkan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat. Paling ketara,semua parti menyentuh tentang soal kos sara hidup, yang pada dasarnya boleh dilaksanakan. Ia merupakan manifestasi bersama kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Kita berharap, usaha penterjemahan manifestasi kesemua agenda pembelaan rakyat, akan dapat dilaksanakan dengan segera." katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan UMNO 2022 di ibu negara.

Media Baharu