fb fb fb fb fb

Jumlah KIR miskin tegar berkurang hasil intervensi kerajaan

(Hanifah Hajar Taib)

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Seramai 118,217 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar didaftarkan dalam tempoh kurang enam bulan bermula 15 Disember tahun lalu sehingga 15 Mei lalu.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, jumlah tersebut berkurangan berbanding 124,744 yang dilaporkan sebelumnya, manakala KIR miskin berdaftar pula berkurang daripada 304,911 kepada 299,080 dalam tempoh yang sama.

Penurunan itu disebabkan kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai intervensi dalam menangani kemiskinan rakyat termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilihat berupaya meningkatkan pendapatan secara mampan.

"Di samping itu, situasi pasaran buruh negara bertambah baik sejak negara memasiki fasa peralihan ke endemik.

"Kadar penggangguran pada Mac ini turun kepada 3.5% berbanding 5.3% pada Mei 2020. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun 2022 telah membantu menyokong pemulihan dalam pasaran buruh," katanya menjawab soalan wakil Bachok, Tuan Mohd Syahir Che Sulaiman.  

(Foto fail)

Media Baharu