fb fb fb fb fb

Jumlah B60 meningkat hujung tahun ini

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kumpulan isi rumah berpendapatan B60 dijangka meningkat.

Ini didorong peningkatan Inflasi yang kini memberi kesan ketara terhadap semua masyarakat tanpa mengira taraf pendapatan.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid sehubungan itu, usaha bagi meringankan kos sara hidup rakyat terus dipergiat dan diperluas kepada semua peringkat kumpulan isi rumah.

"Kerajaan tidak ada fokus khusus untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup untuk M40 sahaja, Jabatan Perangkaan Malaysia sedang membuat tinjauan perbelanjaan dan pendapatan isi rumah yang akan tamat hujung tahun Disember 2022 ini, yang menyaksikan T20, M40, B40 mungkin dah berkurang, dan banyak dijangka B60 itu akan diselesaikan hujung tahun ini," kata Rosol.

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Tambahnya, kerajaan kini turut mempergiat usaha bagi mengekang sebarang aktiviti penyelewengan minyak bersubsidi ke luar negara selain akan memperluas Program Jualan Keluarga Malaysia ke lebih 600 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bermula bulan depan hingga hujung tahun ini.

 


(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid)

Media Baharu