fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah di Bentong, lebih 2,000 penduduk dapat manfaat

(Foto KPDN Cawangan Raub Pahang)

BENTONG, 2 Oktober- Program Jualan Rahmah (PJR) di Dataran Simpang Pelangai, Bentong yang diadakan kali ke-10 memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk setempat mendapatkan bekalan makanan dengan harga yang murah.

Ketua Seksyen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Fatin Najwa Ahmad Hasbullah berkata sebanyak 24 item Jualan Rahmah termasuk keperluan asas akan menawarkan harga lebih rendah sehingga 30 peratus.

"Rasanya selalu kalau Jualan Rahmah ini orang cari beras. Beras 10 kilogram kita hendak jual dengan harga RM25 kat sini. Telur ayam gred C satu papan tu kita jual dengan harga RM10, ayam seekor RM7," kata Fatin Najwa kepada pemberita di sini.

Rata-rata pengunjung ketika ditemui gembira kerana berpeluang membeli barang keperluan pada harga yang murah.

"Saya setuju sangat diadakan Jualan Rahmah ini kerana memudahkan penduduk Pelangai," kata pengunjung, Ros Suzanawati Jamaluddin.

"Jualan ini nampak meriah, ramai yang datang membuat pembelian di jualan ini," kata pengunjung, Azman Ishak.


(Foto KPDN Cawangan Raub Pahang)

Media Baharu