fb fb fb fb fb

Jualan MyGrocer@Wilayah, bas KL Hop-On-Hop-Off antara program menarik Jelajah AKM Perlis

(Shahidan Kassim)

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) melebarkan sayap ke utara tanah air dan buat julung kali singgah ke Perlis.

Program akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dengan adanya program berkenaan, ia sekali gus dapat mengetengahkan Aspirasi Keluarga Malaysia kepada rakyat.

"Terdapat pelbagai program yang melibatkan anak-anak, dewasa dan kita juga ada program gotong-royong supaya semua konsep Aspirasi Keluarga Malaysia ini dapat diketengahkan. Paling penting AKM memberi penekanan kepada semua, tidak ada orang yang akan tertinggal.

"Kita bawa semua program kita di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ke Perlis, mereka datang ke Perlis seolah ke Wilayah Persekutuan. Kita akan buat juga pameran kejayaan Wilayah Persekutuan," katanya kepada RTM.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jualan MyGrocer@Wilayah dan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop-Off menjadi antara program menarik ditawarkan pada Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), peringkat negeri Perlis.

"Menerusi MyGrocer@Wilayah pengunjung berpeluang membeli barangan keperluan harian dengan harga lebih rendah," katanya

Pelbagai program lain turut diadakan termasuk e-Sukan, karnival pekerjaan dan pertunjukan seni bela diri muay thai.

Perlis menjadi destinasi ketiga AKM dan majlis pelancarannya bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Media Baharu