fb fb fb fb fb

Ahmad Faizal ucap takziah kepada keluarga pelatih AMD

(Ahmad Faizal/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Allahyarham Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa yang ditemukan lemas petang tadi.

Ahmad Faizal dalam satu ciapan di laman Twitter juga mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Bagi pihak @KBSMalaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohammad Saiful Ezzuddin, pelatih bola sepak Akademi Mokhtar Dahari. Saya doakan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya dalam hantaran berkenaan pada Khamis.

Muhammad Saiful Ezzuddin Mustafa, 14, dilaporkan lemas selepas mandi di Sungai Ketil berhampiran Kampung Teluk Sungai Durian, Baling bersama beberapa rakannya pada pukul 1 petang, pada Rabu.

Mangsa ditemukan pukul 5.46 petang tadi dalam penyedut pasir di Sungai Limau iaitu 10 kilometer lokasi tempat mangsa mandi bersama empat rakan yang lain.

Media Baharu