fb fb fb fb fb

Imigresen serbu dua lokasi, 59 warga asing termasuk enam kanak-kanak ditahan

PUCHONG, 25 Mac - Seramai 59 warga asing termasuk enam kanak-kanak ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh Jabatan Imigresen Malaysia malam tadi.

Kesemua warga asing yang ditahan itu dikesan melakukan beberapa kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan kacau ganggu awam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, 100 orang telah diperiksa membabitkan 79 wanita tempatan dan selebihnya warga asing.

Daripada jumlah itu, 19 wanita warga Thailand dan 2 warga Vietnam ditahan untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan semakan awal dokumen yang dimiliki oleh mereka didapati 3 daripadanya ialah warga negara Vietnam, memegang pas lawatan sosial isteri kepada warga negara tempatan," katanya.

(Khairul Dzaimee Daud)

Kes disiasat di bawah Seksyen 61C Akta Imgresen iaitu tidak mempunyai sebarang dokumen dan Seksyen 15 (1) (C) Akta Imgresen berkaitan kesalahan tinggal lebih masa.

Manakala serbuan kedua dilakukan di sebuah Restoran di Puchong hasil aduan orang ramai berkaitan jumlah kehadiran warga Afrika yang menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam.

"Imgresen telah menerima laporan daripada orang awam mengenai jumlah atau kehadiran warganegara Afrika yang ramai di restoren ini, dijanjikan tempat mereka berehat, melepak dan melakukan perkara yang menimbulkan ketidakselesaan kepada rakyat tempatan seperti bising, mabuk dan memandu kereta dalam keadaan laju," katanya.

Hasil serbuan itu, 25 warga Nigeria termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan lima perempuan ditahan.

Turut ditahan 3 wanita Indonesia dan 10 wanita Thailand. Siasatan lanjut akan dilakukan terhadap mereka.


Media Baharu