fb fb fb fb fb

Jualan Kasih Johor, bantu masyarakat Islam buat persiapan Aidilfitri

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Hairi Mad Shah

JOHOR BAHRU, 8 April- Lebih RM5 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi menjayakan Jelajah Jualan Kasih Johor di semua 56 Dewan Negeri (DUN) itu.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Hairi Mad Shah berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dan FAMA menyediakan barangan keperluan kepada umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri.

"Kita memberikan satu inisiatif iaitu kita bagi potongan yang cukup-cukup rendah bagi 500 orang terawal yang mana hanya RM26.00 sahaja dapat dua ekor ayam dan dua kilogram daging."

"Maka, ini adalah inisiatif pertama digerakkan Pejabat Khidmat DUN Larkin," kata Mohd Hairi kepada pemberita di Perkarangan Pejabat UMNO Johor Bahru di Taman Putera, Johor Bahru pagi tadi.

Tambahnya, lebih 3,000 ekor ayam dan 1,700 kilogram dijual hari ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM