fb fb fb fb fb

Jualan Agro Madani: Sumbang nilai penjimatan lebih RM7 juta

(Foto BERNAMA)

IPOH, 8 Ogos- Sebanyak RM24.2 juta nilai jualan diperoleh menerusi Jualan Agro Madani, setakat 6 Ogos lalu.

Jumlah tersebut hasil penganjuran program tersebut di 1,025 lokasi seluruh negara dengan penglibatan 15,628 usahawan.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi kenyataan memaklumkan penganjuran Jualan Agro Madani telah menyumbang nilai penjimatan sebanyak RM7.26 juta kepada 2.05 juta isi rumah.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini telah menyasarkan pelaksanaan program tersebut di 5,000 lokasi seluruh negara memabitkan nilai jualan sebanyak RM39 juta.

Seramai 46,000 usahawan turut disasar menyertai jualan tersebut yang dijangka menarik kehadiran 1.6 Juta pengunjung.

Jualan Agro Madani merupakan salah satu langkah digerakkan kerajaan dalam menjamin ketersediaan bekalan agromakanan pada harga yang berpatutuan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu