fb fb fb fb fb

Kes bunuh saudara kandung, dua beradik ditahan

(Foto Fail)

KULIM, 8 Ogos- Polis menahan dua beradik susulan kematian saudara kandungnya di Taman Mahkota Kulim, Kedah semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata mangsa dipercayai maut setelah berlaku pertengkaran antara abang sulung dan adik bongsu berusia 18 tahun.

"Pada mulanya abang sulung berusia 26 tahun membuat laporan polis kononnya adiknya mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika bekerja di kandang kambing pada pukul 10.10 pagi hari yang sama.
 
"Pengadu kemudian membawa adik keduanya ke Hospital Kulim sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
 
"Bagaimanapun, hasil bedah siasat mayat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mendapati punca kematian adalah akibat tikaman di jantung.
 
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu