fb fb fb fb fb

22,983 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 110 PPS di tujuh negeri

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 November – Seramai 22,983 penduduk terjejas banjir daripada 7,300 keluarga kini ditempatkan di 110 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara sehingga pukul 4 petang tadi, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menerusi kenyataan di laman Facebook, NADMA turut memaklumkan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Di Kelantan, sejumlah 40 PPS menempatkan 3,530 keluarga atau 9,564 penduduk terjejas banjir.

Tumpat mencatat jumlah 1,978 keluarga (5,041 penduduk) dan Kota Bharu 897 keluarga (2,487 penduduk), masing-masing menunjukkan trend menurun.

Manakala Bachok 612 keluarga (1,893 penduduk) dan Pasir Puteh 43 keluarga (143 penduduk) mencatat peningkatan.

Dalam pada itu, Perlis mencatat satu PPS menempatkan 1,516 keluarga atau 5,966 penduduk, meningkat berbanding hari sebelumnya.

Perak melaporkan 35 PPS menempatkan 982 keluarga atau 3,092 penduduk, dengan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim mencatat peningkatan, manakala Batang Padang mencatat tiga penduduk terjejas baharu.

Selangor mempunyai 20 PPS menempatkan 751 keluarga atau 2,729 penduduk manakala Kuala Selangor, Klang dan Sabak Bernam mencatat peningkatan penduduk terjejas dan Petaling serta Hulu Langat menunjukkan penurunan.

Kedah pula mencatat 10 PPS menempatkan 481 keluarga atau 1,503 penduduk terjejas dengan trend menurun, manakala Pulau Pinang 2 PPS menempatkan 21 keluarga atau 87 penduduk, dengan Seberang Perai Tengah tidak berubah dan Seberang Perai Utara menurun.

Pahang mempunyai dua PPS menempatkan 19 keluarga atau 42 penduduk dengan Raub tidak berubah dan Lipis baharu dibuka.

Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir menunjukkan trend meningkat, dengan Kelantan dan Perlis menjadi negeri paling terjejas.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN