fb fb fb fb fb

UIAM tubuh Pusat Kelestarian dan Kemanusiaan Sejahtera

GOMBAK, 8 Ogos- Inisiatif Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) menubuhkan Pusat Kelestarian dan Kemanusiaan Sejahtera, satu langkah terpuji ke arah mendidik golongan belia mengenai tanggungjawab melindungi planet bumi.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ia juga memberi isyarat jelas bahawa institusi pengajian tinggi boleh memainkan peranan penting dalam mempromosi serta menjayakan matlamat 'Pertumbuhan Mampan Serantau' yang dipromosikan sempena Hari ASEAN ke-56.

Usaha ke arah itu menuntut kerjasama rentas sektor bagi memperkasa pendidikan berkualiti serta memupuk inovasi dan rangkuman digital dalam kalangan rakyat.

"Saya harap contoh kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dan pihak yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat akan diteruskan.

"Malaysia akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

"Saya percaya bahawa kerjasama sebegini akan menyumbang ke arah memperkayakan jawatan Pengerusi ASEAN kami yang akan datang.

"Saya juga menggalakkan UIAM dan pihak yang mengambil bahagian hari ini untuk meneroka dan menjalin kerjasama dengan pihak daripada negara-negara anggota ASEAN yang lain untuk membantu memajukan agenda kemampanan ASEAN untuk ASEAN yang berdaya tahan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari ASEAN ke-56 di UIAM di sini.


(Malaysia akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025)

Media Baharu