fb fb fb fb fb

Mohd Dusuki ketua pendakwaan baharu kes Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai ketua pasukan pendakwaan baharu bagi kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara, keputusan menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan yang teliti.

Raja Rozela telah mengemukakan permohonan bersara awal pada bulan 3 April lalu dan permohonannya diluluskan, berkuat kuasa pada 1 November.

Beliau juga telah memohon bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos.

Pelantikan Mohd Dusuki berdasarkan pengalaman luasnya hampir 30 tahun sebagai seorang Timbalan
Pendakwa Raya.

Beliau ketika ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, mengendalikan kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuklah kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

(Mohd Dusuki ketua pendakwaan baharu kes Ahmad Zahid)

Media Baharu