fb fb fb fb fb

JPS siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi banjir Monsun Timur Laut pada hujung November hingga Mac tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman berkata situasi banjir yang berlaku di beberapa kawasan itu berpunca daripada hujan yang lebat.

Selain itu, beliau berkata terdapat jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengurangkan banjir di Malaysia.

"Langkah jangka pendek adalah membuat kerja pembaikan semua insfrastruktur, parit, pam dan sebagainya. Ini adalah jangka masa pendek. Jangka panjang pula, kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan berjumlah RM98 billion untuk melaksanakan projek-projek tempatan banjir berkeutamaan tinggi," kata Ahmad Anuar kepada pemberita selepas menjadi tetamu program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM