fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan lawat Muzium Kesenian Islam

Foto FB Kedah Royal Family

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah perkenan berangkat ke Muzium Kesenian Islam Malaysia di Jalan Lembah, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Urusan Muzium Kesenian Islam Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri.
 
Baginda turut berangkat melawat beberapa pameran artifak warisan dan kegemilangan seni warisan Islam yang hanya boleh didapati di kawasan Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan, China dan Asia Tenggara yang dipamerkan di muzium tersebut.
 
Dalam program tersebut, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut perkenan meninjau senjata-senjata lama yang digunakan pada zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah.
 
Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam.
 
Bangunan itu dirasmikan pada tahun 1998, kini menempatkan lebih daripada 10,000 artifak serta koleksi buku seni Islam yang luar biasa di Perpustakaan Cendekiawan.
 
Objek-objek seni yang dipamerkan terdiri daripada barang kemas terkecil kepada salah satu model skala terbesar di dunia Masjid al-Haram atau Masjidil Haram, di Mekah.
 
Muzium itu bertujuan untuk mencipta koleksi yang mewakili dunia Islam.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM