fb fb fb fb fb

Anwar bertemu PM Singapura, bincang pelbagai perkara

erdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Lee Hsien Loong

SINGAPURA, 30 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat pertama bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sempena sesi pemukiman kedua-dua negara ke-10.

Pertemuan berlangsung di The Istana, Singapura, membincangkan pelbagai perkara dua hala termasuk isu-isu tertunggak.

Ketibaan Anwar kira-kira pukul 9.35 pagi disambut Perdana Menteri Singapura.

Antara yang disentuh dalam pertemuan itu, melibatkan kelancaran kesalinghubungan dan pergerakan rentas sempadan, serta kerjasama teknologi boleh diperbaharui.

Selesai sesi berkenaan, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan delegasi Malaysia dan Singapura melibatkan lapan kementerian.

Satu kenyataan bersama kedua-dua pemimpin akan dikeluarkan hasil sesi pemukiman berkenaan.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.

Ini merupakan sesi permukiman pertama Anwar bersama Singapura sejak menjawat jawatan perdana menteri, tahun lalu.

Sebelum ini, beliau pernah dua kali berkunjung ke Singapura sempena lawatan rasmi pada Januari dan menyertai Sidang kemuncak Asia ke-10 Milken Institute, bulan lalu.

Artikel Berkaitan:
Lawatan kerja Anwar ke Singapura tumpu isu tertunggak

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM