fb fb fb fb fb

13 lokasi penempatan di ESS ZONE dilengkapi CSS

Datuk Seri Mohamad Hassan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- 13 lokasi penempatan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE) dilengkapi radar Coastal Surveillence System (CSS) bagi melindungi serta mengawasi keselamatan kawasan pesisir Pantai Timur Sabah.

Ia meliputi persisiran Kudat iaitu bahagian Utara ESS ZONE sehingga ke Tawau.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ketika ini terdapat lapan buah radar yang baru selesai menjalani kerja-kerja naik taraf pada 16 September lalu, melibatkan radar CSS 1-206.

"Projek menaik taraf ini bertujuan meningkatkan keupayaan pengesanan radar dan keupayaan perintah dan kawalan. Kesemua radar tersebut adalah berstatus operasi sepenuhnya (full mission capabilities).

"Bagaimanapun, terdapat lima buah radar iaitu radar CSS mengalami kerosakan dan tidak boleh dibaiki. Kesemuanya ditanggalkan untuk pelupusan," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Hisham Abdul Aziz berkenaan status sistem amaran awal untuk menangani aktiviti pencerobohan laut di ESSZONE sama ada berfungsi dengan baik atau sebaliknya di Dewan Rakyat.

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti untuk menutup kelompongan di kawasan ini dengan menggantikan enam buah radar.

Jumlah keseluruhan peruntukan yang baru perolehan radar tersebut kira-kira RM57 juta yang akan diperolehi dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI