KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Empat saksi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dipanggil bagi membantu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu vaksin luput tempoh hayat, peralatan ventilator tidak dapat digunakan dan lebihan Personal Protective Equipment (PPE) bawah kementerian itu.
Antara saksinya ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Sri Norazman Ayob dan bekas Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyanti Samsudin berkata, sepanjang tempoh tersebut empat prosiding berhubung isu telah diadakan.
"Mesyuarat penyediaan laporan ini dibuat pada 16,17 dan 18 Oktober lepas dan turut hadir sama, tujuh ahli Ex-Officio PAC terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara yang bersetuju dengan laporan, rumusan dan syor.
"Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC bawah KKM boleh muat turun laporan berkenaan di laman web PAC," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Parlimen.