(Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Norison Ramli)
RAUB, 1 April- Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengedarkan 400,000 bubur lambuk di seluruh negara sempena Program Gerak Rahmah 2023.
Program Gerak Rahmah turut diisi pelbagai acara seperti Jom Masak Bubur Lambuk, Ziarah Rahmah dan Iftar Ramadan.
Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Norison Ramli berkata, program tersebut berlangsung serentak di seluruh negara dengan Pahang adalah tuan rumah bagi Program Gerak Rahmah Peringkat Kebangsaan tahun ini.
"Di seluruh negara kita telah melibatkan 3, 799 Kawasan Rukun Tetangga (KRT). yang mengambil bahagian.
"Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang baik dan kami jangkakan lebih kurang 400,000 bekas bubur lambuk yang diadakan hari ini di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Program Gerak Rahmah Peringkat Kebangsaan 2023 di sini.
(Sebanyak 20 kawah bubur lambuk dimasak dan dianggarkan 10 ribu bekas bubur lambuk
akan diagihkan kepada penduduk Raub)
Seramai 400 peserta terdiri daripada KRT daerah Raub, Agensi Persekutuan dan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik perpaduan, pemimpin masyarakat pelbagai kaum dan pemimpin pertubuhan agama terlibat menjayakan gotong royong memasak berkenaan.
Sebanyak 20 kawah bubur lambuk dimasak dan dianggarkan 10 ribu bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk Raub.
Program Gerak Rahmah 2023 bulan ini ini termasuk Jom Masak Bubur Lambuk, yang diadakan secara serentak di seluruh negara disusuli dengan Sambutan Minggu Perpaduan pada Mei depan, Jom Unity Plogging (Jun), Kayuhan Rahmah dan Ziarah Perpaduan (Julai) dan Sambutan Bulan Kebangsaan (Ogos)