fb fb fb fb fb

JPN ambil serius dakwaan rasuah, salah guna kuasa petugas

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ambil serius siasatan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan petugasnya.

Ketua Pengarah JPN Zamri Misman berkata, "pihak kami tidak akan berkompromi dengan kesalahan berkenaan."

Bagaimanapun usaha akan diteruskan bagi memperkukuh integriti warga kerja jabatan itu termasuk menambah baik prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan.

Perkara itu dilakukan bagi menghapuskan sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa.

Zamri turut mengingatkan orang ramai agar, "tidak percaya sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran untuk sebarang urusan dengan JPN."

Ia berikutan tiada ejen atau orang tengah dilantik JPN bagi tujuan itu.

(Foto hiasan)

Media Baharu