fb fb fb fb fb

Harga lantai dan pelesenan industri kurier diteliti

PUTRAJAYA, 4 Julai- Isu harga lantai dan pelesenan industri kurier perlu diteliti untuk memastikan sektor itu terus kompetitif, demikian dinyatakan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi menjelaskan, penyelarasan dalam pengendalian perlu bergerak seiring termasuk isu pendapatan pekerja dan kos yang tidak membebankan pengguna.

"Apa jua keputusan perlu diambil kira kemampanan industri dan juga tidak membebankan pengguna. Jadi, ia mesti seiring dengan satu penyelerasan dalam pengendalian industri.

"Saya juga berhasrat untuk adakan pertemuan dengan pihak Persatuan Pengangkutan Ekspres Malaysia (AMEC) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kurier supaya mereka dapat sampaikan pandangan hasrat, harapan mereka. Bulan 10 nanti akan ada pembentangan belanjawan 2024, jadi saya ingin pastikan industri ini kekal kompetitif," katanya kepada pemberita selepas Hari Apresiasi Industri Kurier 2023 di sini.

Beberapa aspek berkaitan industri kurier juga perlu diteliti bersama agensi lain termasuk Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) termasuk berkaitan automasi, pengendalian data secara selamat dan cermat, serta isu price dumping yang memberi persaingan dalam industri.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu